Cuti-cuti Malaysia - IV (samb.)


Destinasi : masih di Kuala Selangor

24052009 - di sebelah malamnya, kami ke destinasi utama yang menjadi penyebab aku ke rumah Faten..huhu~ sangat teruja nak pergi gara-gara terpengaruh dengan iklan TNB lah nih..tahniah TNB..hehe~

[Kelip-kelip Kg Kuantan]



larangan-larangan. antaranya: dilarang mengambil gambar(ambik je., kami tengok ramai je ambik gambar..=p), dilarang menangkap kelip-kelip (Faten tangkap tapi dia lepas balek..hehe~), dilarang membakar ubat nyamuk., dilarang memancing., dilarang menggunakan lampu suluh & dilarang membuat bising (kelip-kelip nak tidur beb..!) psstt., rules were made to be broken rite..?? =p


nak tengok kelip-kelip nih kena naik sampan., satu sampan RM40.00 n bleh naik 4 orang..so kirenya sorang RM40 bahagi 4 = RM10.

sebelum naik sampan kena pakai life jacket dulu..kalau nak selamat laa..huhu~ owh., ini gambar saya dan mak Faten., acik Azizah. =)


dah ready semua., kami pun naik sampan.. pakcik yang kayuh sampan tu kenal mak Faten..hehe~ dari jauh memang dah nampak pokok berkelip-kelip macam pokok krismas yang dipasang lampu kelip-kelip. chantek sangat..!! lagi dekat lagi cerah nampak kelip-kelip tu.. banyak la kelip-kelip yang duk kat satu pokok tapi semua berkelip bersama-sama., so, memang nampak macam lampu kelip-kelip laa. (agaknya orang dapat idea nak buat lampu kelip-kelip tu bila dorang tengok kelip-kelip nih..huhu~)


tapi, tak semua pokok yang ada kelip-kelip. ada yang ada sikit je., ada yang ada banyaaakk.. ada yang tak ada lansung.. kata pakcik yang kayuh sampan tu, biasanya kelip-kelip tak duduk kat pokok yang tumbuh kat muara sebab berangin., so, nanti pokok tu berayun. (mungkin kelip-kelip rasa tak selamat)


kata pakcik tu lagi, kelip-kelip ni makan daun pokok tu tapi takde lah makan sehelai daun., kalau makan sehelai daun tembun lah dia..huhu~ (ini memang ayat pakcik tu.=p) kalau betol2 gelap (means takde lampu and bulan tak cerah) tak payah naik sampan pun boleh nampak kelip-kelip dari jeti.


pakcik tu gak ada cakap macam mana nak bezakan kelip-kelip jantan n betina. (tp aku lupa..huhu~) tak sure lah sama ada yang jantan tu cahaya dia lagi cerah or yang betina lagi cerah.. (psstt., ten, ko ingat x??? komen2..)


kami cuba untuk mengambil gambar pokok yang dipenuhi kelip-kelip tu tapi inilah hasilnya..huhu~

gelap gelita..lansung tak nampak apa.. =(


then, kami cuba plak ambik gambar dengan memasang 'flash' huhu~ dan inilah hasilnya..

cuma nampak pokok yang dihuni oleh kelip-kelip je..kelip-kelip dah tidak kelihatan..mungkin kalau zoom 500x baru nampak kot..huhu~


jadi, tak dapatlah nak share kecantikan kelip-kelip ciptaan Allah ni..kalau nak tengok jugak pergilah sendiri ye..hehe~ (tak rugi pergi.. orang korea pon ada datang tengok kelip-kelip nih..huhu~)


setakat itu sahaja lah kot laporan dari Kg Kuantan..=)


p/s = ten, ade informasi tertinggal x??huhu~

= aina, ni khas ntuk aina b4 aku ke jogja..=)

= pegi waktu malam je ye..siang2 kelip-kelip kerja..=)

4 comments:

  1. nice nice.. tp adakah faten akan bawaku ke tempat itu lagi?? faten oo faten.. di manakah anda?? :P

    ReplyDelete
  2. walaupun xdpt tgk dlm gamba, dpt bayangkan kecantikan kelip2 kat atas pokok tepi sungai.bestnye.. nnt klu dapat pegi nak wat mcm Adibah Nor dlm iklan TNB tu bwk kerusi malas siap sambil makan keropok tengok kelip2..hehe

    ReplyDelete
  3. aina and gem, mai la umah kita kalo nak g. =)

    ReplyDelete